Kamis, 16 Juni 2011

Religi : Bersyukur

Ya Allah Segala Puja dan Puji hanya untuk MU
menghidupkan aku setelah kematian semasa tidurku.
Kau berikan lagi aku kesempatan
buat menambah bekal bagi melalui
sakartul mu
menambah bekal
buat menempuhi Munkar dan Nakir MU
menambah bekal
di barzah MU sementara menunggu Sangkakala MU
entah sehari atau ribu tahun lagi
menambah bekal
buat berjalan di Mahsyar MU
di bawah terik mentari sejengkal
menambah bekal Selawat dan Salam kepada Junjungan SAW
bagi mendapat syafaat dari baginda
menambah bekal
untuk menghadap timbangan Mizan MU
menambah bekal
buat melalui titian Sirot MU
menambah bekal
buat membayar segala salah sesama makhluk MU
menambah bekal
buat Menghadap MU.

Setiap saat bekal ku boleh bertambah dengan Ikhlas kepada MU
setiap detik juga bekal ku boleh musnah kerana nafsu ku

Ya Raabb
aku tiada daya dan upaya menambah bekal ku
jika tidak dengan Rahmat MU.

Ya Raabb
janganlah kau putuskan Rahmat MU kepada ku
jadikan lah aku rela dan redha dengan segala kesukaran di dunia ini
agar Rahmat MU terus mengalir.
jadikan lah aku sabar walau sebesar manapun ujian dan dugaan MU
supaya Rahmat MU terus mengalir
jadikan lah aku pasrah dan tawakal menerima setiap ketentuan MU
agar Rahmat MU terus mengalir
jadikanlah setiap saat kehidupan ku megabdi hanya kepada MU
demi hanya untuk mengharap Rahmat MU terus mengalir.

Ya Raabb Ya Raabb Ya Raabb
Ampunan Mu
tidak akan mengurangkan Kemuliaan MU
ketaatan ku
tidak akan menambah keagungan MU.
Engkau sedia Ujud tanpa ku
namun aku tidak boleh tanpa MU
Engkaulah awal keujudan ku
dan Engkaulah akhir nya
di Gengaman MU lah
untung nasib ku.

RAHMATI LAH
RAHMATI LAH
RAHMATI LAH...........

Ya Rahmaan Ya Rahimm Ya Kariimm

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.